cocet cocet tentang dia.
Thursday, July 22 @ Thursday, July 22, 2010 {5} //
heyy! opps, assalamualaikum everyone! sudah lama tak update belog. rindu rindu rindu! actually sebenarnya aku tak ada idea nak tulis entry tapi teringat pulak aku tentang wish yang dah lama sangat nak buat tapi tak buat buat sampai sekarang. wish? yes! hari ini aku mahu cocet cocet tentang hal aku. yeah! bestnye kutuk diri sendiri. heee ;D

okey firstly mahu beri warning dulu. ini bukan entry mintak simpati ehh. bukan saja saja nak tayang dekat readers yang aku ni gedik, over or berlagak bagus ke apa eh. just wanna share it with others. this is what we called share, read and spread! eh ye ke? hmm apa apa saje. kelemahan aku yang ialah aku memang leka bila melintas jalan. ye, saya sudah besar saya sudah pandai jaga diri saya tapi bukan di atas jalan. bila melintas pulak, aku kena tunggu betul betul free of car then baru aku lintas. selalunya aku akan pegang emakk aku bila nak melintas jalan. terima kasih mama atas pengorbanan mu selama ini! ada sekali tu aku lagi sipi sipi je nak kena langgar dengan kereta tapi nasib baik aku umur aku panjang lagi. alhamdulillah. bila saya jauh dari mama saya, siapa nak pimpin saya lintas jalan? okay saya sudah mula cirit birit risau gilaa! minumlah fibermax! okay tetiba.

next thing is, aku memang suka berangan. eleyh tipu lah kalau kau yang tengah membaca ni tak suka berangan kan? just admit it. kalau kita tak berangan macam mana kita nak cipta sesuatu yang luar biasa? tapi aku berangan yang pelik pelik. one of the amusing thing yang pernah aku berangan kan, aku nak kahwin dengan anak sultan. tak kira lah anak sultan mana pun asalkan tittle nya "anak sultan". kelas agama adalah masa untuk aku bagitahu impian yang mungkin tak akan menjadi kenyataan dekat semua orang especially ustad.
ustad! ustad! saya nak kahwin dengan anak sultan. heee mesti sweet kan ustad kan?
hahaha (gelak miang) awak nak kahwin dengan anak sultan mana? kahwin dengan sultan brunei nak?
eeii taknak ustad. saya nak kahwin dengan anak sultan johor yang hensem tuhh. tak jadik isteri pertama, isteri keempat pun jadiklah ustad!
heyy tak senonoh lah budakk ini.
gila tak kalau korang yang jadik ustad agama kelas aku? especially berhadapan dengan orang yang kuat berangan macam aku. tapi kalau tak dapat kahwin dengan anak sultan, dapat kahwin dengan odel kesayangan saya sudah mencukupi. ohh odel(bukan nama sebenar), mahu kahwin lari?


third, aku memang kuat berimaginasi. aku selalu fikir kalau sesuatu itu akan berlaku apa yang akan kita buat? macam itulah. macam soalan predictions. yang selalu jadi mangsa emak aku. banyak soalan bodo (emak aku cakap) tak dapat sambutan hangat daripada emak aku sebab dia malas nak fikir. tapi kekadang bila aku ter paksa dia jawab jugak soalan tuh, biasanya aku akan lari masuk bilik nangis puas puas bila dengar jawapan yang mak aku bagi. example la eh

maa, kalau kakak tidur malam ni kan, esok akak tak bangun, akak mati macam mana maa? maa sedih tak? takdenye nak sedih sedih. aku tanam kat situ jugak. senang cerita. tak payah susah susah
aku nangis pasal benda ni empat hari empat malam. sampai lah aku tanya mak aku soalan lain dan akhirnya dia beri aku jawapan yang menceriakan hati aku.

aku suka memekak dalam kelas no matter what class it is except biology class. memang aku bekukan lidah aku time bio. tak kuasa aku nak melenting lenting, nanti karang kena tengking kena marah aku jugak yang sakit hati kan? baik aku jadik pasif gile. tapi bila kelas bio habis kan, aku akan menyelit keluar dari pintu bilik library tuh sambil whisphered "cepat cepat, bio dah habis bio dah habis. lega lega" ni lah ayat aku guna untuk hyperkan balik diri aku. ha gila kan? sewaktu berada dalam kelas subjek lain memang aku hyper tahap cipan. semua subjek bagi aku semuanya best best belaka! seronok bila datang sekolah dan dapat memekak dalam kelas membuat semua kawan aku macam nak pitam dengar suara aku menjerit, ketawa terbahak bahak dan merungut sepanjang masa. bila time balik? diorang merdeka laaa! semua berebut rebut balik. huh menyampah!

huu panjang lagi ni nak cocet  cocet. tapi nak buat sambungan pulakk. heee ;D



home about Tumblr FBME


PROFILE
I love my past. I love my present. I'm not ashamed of what I've had, and I'm not sad because I have it no longer.

TAGBOARD
with width 250px

Twitter Updates


Advertisements



Powered by BLOGGER. Layout by AYEMRAWI. Resources XX