SAYA TAK ADA AYAH, MACAMANA NAK SAMBUT HARI BAPAK?
Friday, June 18 @ Friday, June 18, 2010 {1} //
salam semuanya, wahh rindunya nak post entry baru. okay, saya tahu kalau anda masuk belog saya mesti ada benda putih jatuh jatuh kan? awww sweet youu. Tetiba. okay, saya nak terangkan title entry ini. mari ulang beramai ramai secara serentak

SA-YA-TAK-A-DA-A-YAH-MA-CAM-MA-NA-NAK-SAM-BUT-HA-RI-BA-PAK?

okay bagus semuanya. sekarang, sila sediakan tisu empat kotak untuk lap punggung  sapu air mata. saya tahu hari ini hari bapa sedunia. saya tahu sebab pagi tadi bila saya buka radio fly fm, serta merta mereka jerit HAPPY FATHER'S DAYYY!. volume radio masa tuh pula sangat tinggi. macam *shie. saya tahu saya agak pekak tapi saya belum pekak. serta merta saya rasa touching sangat sebab mereka sebut father's day. saya tak tahu tapi saya rasa nak nangis.

lepas sarapan, saya tidur balik disebabkan saya tidur lewat malam semalam menonton desperate housewives and drop dead diva yang gemuk tapi berkeyakinan tinggi tu. saya berjaga sehingga pukul 12 pagi. bukan berjaga untuk bola sepak. anyway, saya tak bodoh bola sepak ye, saya tahu argentina lawan korea selatan 4-1 kan?. Tetiba. back to the poing.

saya dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh mama saya. saya tak pernah tahu yang saya tak ada bapa sehingga umur saya mencapai 7 tahun. baru saya tercari cari bapa saya. baru saya tahu bapa saya tinggalkan saya ketika umur saya 2 tahun. itupun bila mama saya berbual dengan kawannya, saya pun curi curi pasang telinga. saya pernah tanya kenapa ayah saya tinggalkan saya, mama jawab sebab tuhan lebih sayangkan abah. ayat biasa yang biasa saya dengar.

sekarang, saya tak pelik lagi bila saya lihat orang lain bersama dengan bapa mereka sebab saya tak pernah rasa kehilangan beliau. beliau sentiasa ada dengan saya, saya tak rasa susah pun bila beliau tak ada. bukan sebab apa, beliau memang bapa yang bertanggungjawab dan menyediakan segalanya untuk kami sebelum beliau pergi meninggalkan kami berdua. rumah, wang semuanya mencukupi malah lebih. mama saya tetap mahu keluar bekerja kerana dia mahu saya tahu perngorbanan beliau mencari rezeki di luar sana.

mama seorang yang sangat sporting dan open minded. bila saya tanya tentang abah, pasti dia jawab. saya tahu mama juga terkenangkan abah. maaf, ketika ini saya sedang beremosi. melalui mata, saya tahu mama rindukan abah tapi mama pandai berpura pura. saya pernah terbaca diari mama saya . dia janji pada bapa saya dia akan jaga saya dengan baik. dia akan berusaha menjadikan insan yang berguna. saya sangat terharu dan menangis hampir satu jam ketika itu.

walau apa pun, saya mahu juga mengucapkan selamat hari bapa kepada bapa bapa di seluruh dunia, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. selamat hari bapa kepada mama saya kerana beliau merupakan bapa dan juga ibu kepada saya. buat pengetahuan anda semua, gambar tidak dapat disiarkan kerana saya menggunakan lappy baru. 



home about Tumblr FBME


PROFILE
I love my past. I love my present. I'm not ashamed of what I've had, and I'm not sad because I have it no longer.

TAGBOARD
with width 250px

Twitter Updates


Advertisements



Powered by BLOGGER. Layout by AYEMRAWI. Resources XX