SAYA SAYANG AWAK, SEBAB ITU SAYA BERITAHU AWAK!
Friday, June 25 @ Friday, June 25, 2010 {0} //
selamat petang everibody! wah agak seronok ya hari ini, maklumlah hari jumaat. esok hari sabtu. esok boleh bangun lambat sebab malam ini mahu tengok movie di tv3. hmm, bukan bola. portugal lawan brazil? agak agak siapa boleh menang? PORTUGAL! jawab mak bedah sambil pegang senduk. abang mat yang sedang cuci motor di luar rumah jawab BRAZIL! mereka berperang lidah sambil diperhatikan anak anak mereka. okay, sedang mereka bergaduh mari saya kenalkan anda dengan kempen ini.


BECAUSE I LOVE YOU, I CAN TELL YOU..
*sila jerit kuat kuat sampai seluar anda terlondeh

PERINGATAN! ini bukan kempen lucah ataupun berkaitan dengan cintan cintun. bukan juga mempromosikan kacip fatimah ataupun jus mate 5. sila berfikiran positive bukan porno.Tetiba.

semua orang semua orang, dengar ni. saya nak beritahu awak awak semua. saya nak beritahu yang setiap tahun lebih daripada 12 billion orang mati kerana cancer (sila terbeliakkan mata besar besar). saya tak tipu sebab banyak orang cakap tuhan marah kalau kita tipu, setan lagi lah marah. ye ke? hmm, google sendiri!

jadi campaign ini bukan sebab nak awak semua pergi hospital jumpa doktor, paksa doktor buat diagnosis badan awak then awak tunggu result macam orang nak terberanak. saya tahu rakyat malaysia sihat sihat belaka walaupun saya tengah sibuk demam durian. pujuk pujuk mama saya tetap tak dapat makan durian. lari topik pulak.

tujuan kempen ini adalah untuk menggalakkan rakyat malaysia bertambah sihat dan cergas. mengajak kita untuk mengamalkan healthy lifestyle. awak semua mesti tahu kan macamana nak mengamalkan healthy lifestyle? tak tahu? (ye, saya tahu awak buat buat bodoh tentang ini kan?) awak boleh pergi dekat page hanis zalikha then kelik lah useful tips dia dekat rumah. apa nak susah kan?

saya pon nak bagi tips jugak. senang aje. pergi ambil kertas kosong dekat dalam beg sekolah adek lepas tuh bukak pensil box besi dia tuh amek pensel sebatang. catit ya kalau anda rajin. bagi yang senang menghafal anda boleh renung skrin pc anda selama yang mungkin. fisrtly, jangan lah merokok. katakan saya benci dekat rokok sebab rokok membahayakan kesihatan dan menmbuatkan paru paru saya buruk. secondly, sila jangan minum arak walaupun anda stress ataupun happy macammana pun. kalau anda kaki clubbing, lebih baik minum air kencing sendiri daripada minum air kencing syaitan. ketiga, jangan selalu sangat main ataupun berjemur dekat luar rumah. nanti kulit hitam jadi macam dayang senandung. aiyokk lak ling! keempat, sila kekalkan berat badan anda. saya cakap kekalkan berat badan anda bukan suruh anda tak makan semata mata nak kekalkan berat badan anda! bila makan tu beringat ingat sebelum overweight. last but not least, elakkan daripada terkena jangkitan kanser. tak perlu saya terangkan dengan lebih lanjut. pak cik google tengah tak ada kerja, pergi serbu rumah dia mintak jawapan ya.

pesanan kaunter pengumuman, sila kelik gambar hati kuat kuat jika anda tidak mempunyai sebarang kanser. terima kasih.

Labels:




home about Tumblr FBME


PROFILE
I love my past. I love my present. I'm not ashamed of what I've had, and I'm not sad because I have it no longer.

TAGBOARD
with width 250px

Twitter Updates


Advertisements



Powered by BLOGGER. Layout by AYEMRAWI. Resources XX