(BERITA) CEKIK BAYI HINGGA MATI
Thursday, June 10 @ Thursday, June 10, 2010 {2} //
assalamualaikum and buongiorno everyone, pagi pagi ni bangun bukak laptop terus click harian metro. berita utama? one of the topics is cekik bayi hingga mati. astagfiruallahalazim. sampai bila ya nak habis isu ini? penat dan hampir nak termuntah miya bila bicara tentang topik sedih ini. bila lihat gambar, hampir mahu termuntah dan loya bercampur dengan perasaan kesal yang menggunung. memang tiada belas kasihan mereka yang tidak bertanggungjawab membuang bayi kan? kenapa perlu membuang bayi? kemungkinan malu dan tidak mahu rahsia terbongkar? sebelum bermain keluar masuk lubang tidak fikir malukah? miya kesal yang amat.

hal ini lain pula ceritanya. seorang ibu mencekik bayi yang baru dilahirkannya sehingga mati. kemudian, mayatnya dibungkus dan ditanam pula di sebuah ladang. kalau sudah dicekik sehingga mati bayinya, mengapa tidak kuburkan secara baik? tidak perlu lah tanam secara kejam. kasihan sungguh.


apakah perasaan ibu tersbut apabila melihat gambar ini? suka kah beliau? gembirakah beliau? jawapannya hanya beliau sahaja yang tahu. mungkin kita boleh gelar ibu ini sebagai ibu syaitan. ibu yang tidak mempunyai hati perut sewenang-wenangnya mencekik dan menanam bayi ini tanpa belas kasihan. semoga bayi ini ditempatkan di sisi Allah yang mulia. amin.

nota kecil saya:  daripada buang buang bayi ni, lagi baik hantar kat rumah i, boleh i bela jadi adik i. mama i nak sangat bela anak angkat tauu~!

Labels:




home about Tumblr FBME


PROFILE
I love my past. I love my present. I'm not ashamed of what I've had, and I'm not sad because I have it no longer.

TAGBOARD
with width 250px

Twitter Updates


Advertisements



Powered by BLOGGER. Layout by AYEMRAWI. Resources XX