Pages

SAYA TAK SUKA PERGI MAJLIS KAHWINNNN!

salam duka semuanya. entah kenapa ya hari ni saya agak emosional. mungkin sebab dipaksa habis habisan oleh bonda saya. paksa? ya bonda paksa ke majlis perkahwinan. tapi bonda tak pergi sekali. this make me really annoying. benci lah, orang tuh jemput my bonda but i pulak yang kena replace dia. my bonda ? uhmm, kerja kerja kerja. sibuk mengalahkan perdana menteri.

pergi lah kak, awak kan ada baju cantik cantik. kalau tak pergi nanti kang orang kata apa pulak. you pergi then makan ala kadar then jumpa tuan rumah bagi duit sumbangan lepas tuh balik lah. not too far from our house kan. jalan kaki dengan jiran jiran sebelah rumah kan boleh? please lah, mama tak dapat nak off hari ni sebab kerja banyak. kalau mama boleh pergi mama tak paksa tau kakak pergi.
okay fine! kakak pergi mama. tapi taknak lah pergi dengan jiran jiran sebelah rumah. maaf, pembetulan di sini ya. saya bukan anti jiran dan tak bergaul dengan para jiran tetangga tetapi saya bukan jenis suka tayang muka. lebih elok duduk di dalam rumah dan tengok tv berbanding jalan jalan pusing satu round di taman perumahan dan duduk bertenggek dekat depan rumah orang bersembang macam mak cik mak cik. itu bukan stail saya. lagipun, mereka agak anti dengan saya sebab saya dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan berbanding anak anak mereka. jadi? saya pon malaslah nak bercampur sangat dengan mereka.

baiklah, pagi tadi memang perang besar dengan mama saya. saya tahu saya tak patut tarik muncungg sedepa pagi pagi sebab tak elok untuk anak dara. nanti muka cepat kedut. sila ketawa sambil golek golek atas katil. tapi, saya agak hangen sikit sebab bonda saya tak beritahu saya awal awal. bukankah lebih elok kalau beritahu saya awal awal? boleh ajak kawan kawan saya yang lain. nasib baik ada aien, si alien. boleh teman saya. alhamdulillah.

sebab saya tak suka majlis kahwin ialah,

  1. saya kena pakai baju kurung. bukan tak suka baju kurung tapi kalau pergi pakai t-shirt dan seluar jeans tak boleh ke? (bonda saya cakap tak manis, lagipunn tak pernah dibuat orang)
  2. kena makan nasi minyak yang berminyak minyak. bukan tak sedap, tapi selalunya ada orang yang tolong ambilkan untuk kita kan? orang tuh mesti letak banyak banyak kat dalam pinggan, lepas tuh saya tercungap cungap habiskan nasik tuh. tak larat, saya biarkan je. kan tak elok tuh?
  3. kena pergi tengok pengantin. memang adat. mama saya pon macam tuh jugak. bila balik dari kenduri tuh, bonda saya mesti komen komen pasal pengantin. eiii menyampah lah.
  4. saya macam pak turut kena ikat tali kat hidung. apa yang bonda saya buat, saya pon kena buat. tak bebas dan tak selesa. 
saya tahu saya ni bukannya pandai sangat bergaul tapi saya cuba untuk puaskan hati bonda saya. saya sayang bonda saya dan saya tak mahu nanti bila saya kahwin, tak ada orang mahu datang jemputan kahwin saya. eh? saya dah nak kahwin ke? BELUM LAGI! haha :)

6 comments:

  1. kata orang tua-tua.. kalo kita tak suka ke majlis orang, nanti orang tak suka ke majlis kita.. ;p

    Ardini Humaira | Click Here

    ReplyDelete
  2. memenuhi undangan jemputan perkahwinan adalah wajib.Jangan berperasaan demikian.Menurut perintah ibu bapa juga adalah wajib.Ingatlah suatu hari bila kita kahwin semua orang berfikiran macam kita..tak nak pergi apa akan jadi.Ini hanya sekadar nasihat..

    ReplyDelete
  3. humairah dan ardini humaira : ohh saya insaf -_-". terima kasih atas nasihat anda :)

    ReplyDelete
  4. xpe xpe..sekali-sekali kena p..kang lau awak yang kawen kang..xde sape yang mau pegi..ha..macam mane tu? huhu

    ReplyDelete
  5. cik aidacomei: ya betul tuh, sangat sangat betul. saya setuju dengan pendapat anda :)

    ReplyDelete
  6. saya tak suka sebab banyak majlis perkahwinan tak ikut cara islam..
    bersanding tidak dibolehkan.. melainkan buat dalam tempat tertutup hanya untuk family je

    ReplyDelete